Sudahkah Aku Bersedia Untuk Berkahwin? (Part 2)

Duduk. Tenang. Menyelak sehelai demi sehelai lembaran suci dari Ilahi. Menafsirkan bait-bait indah yang terukir di dalam kitab suci. Biarpun aku tak faham Bahasa Arab, tapi jelas bahawa bacaan Al-Quran itu menenangkan jiwa.

Kembali semula dalam topik Sudahkah Aku Bersedia Untuk Berkahwin?

Sejak kebelakangan ini, timbul satu isu yang bermain di fikiran aku. Adakah salah untuk berkahwin pada usia aku sekarang? Ataupun aku perlu miliki segala-gala yang aku impikan dan kemudian baru aku bernikah?Adakah dengan memiliki rumah, kereta dan wang yang banyak menjanjikan kebahagiaan dalam rumahtangga?

Continue reading

Posted in bloggerama | Tagged , , | 2 Comments

Sudahkah Aku Bersedia Untuk Berkahwin? (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Awal juga aku bangun hari ini. Elok juga kalau setiap hari aku bangun seawal begini. Ada masa untuk sujud pada ilahi. Ada masa untuk berzikir memuji Pencipta Langit dan Bumi. Dan punyai ruang untuk muhasabah diri.

Sebelum ni, Subuh Gajah je yang mampu. Tak pasti pula samada diterima atau tak solat sebegitu. Hujung-hujung kuku je. Haish. Rugi. Semoga hidayah Allah bersamaku selepas ini.

Terdetik aku dengan persoalan “Sudahkah Aku Bersedia Untuk Berkahwin?” ni sebenarnya sudah pun berlanjutan selama hampir setahun. Ya. Aku sudahpun dalam hubungan istimewa dengan seseorang selama hampir 7 tahun. Dan aku yakin sudah sampai masanya membawa hubungan ini ke peringkat yang seterusnya, perkahwinan.

Tapi, bersediakah aku? Bersediakah si dia?

Apakah yang perlu ada pada seseorang yang mahu berkahwin? Sedikit sebanyak, inilah perkara yang ingin aku kongsikan dan selami dalam entri kali ni.

Continue reading

Posted in bloggerama | Tagged , | 3 Comments

Sarapan Pagi Di McDonalds Dengan Chicken McMuffin!

Ye ye ye. Aku slowpoke. Orang lain dah melantak sampai muak Chicken McMuffin ni, aku je baru makan semalam. Hahaha. Tapi tula. Berbaloi sungguh sarapan di McD dengan Chicken McMuffin ni. Dengan harga serendah Rm 2.50 sahaja! Cool!

This is Best Bro!

Dah cuba Chicken McMuffin? Amacam? Berbaloi-baloi tak?

Posted in Makanlah oi! | Tagged , | 1 Comment

5 Gambar Lego Dock Untuk Nokia Lumia 900

Bagi pengguna telefon pintar iPhone, mereka mempunyai banyak pilihan untuk menjadikan iPhone mereka nampak cool dan lain daripada yang lain. Accessory untuk iPhone merupakan antara yang terbanyak dan pelbagai pilihan boleh dibuat.

Jadi sekiranya anda bukan pengguna iPhone, tetapi pengguna Windows Phone, apakah pilihan yang anda ada? Maka Nokia melalui laman web nya telah mencipta satu jenis dock yang sesuai untuk pengguna Nokia Lumia 900 (Windows Phone). Ia dicipta dari dock lego.
Agak menarik dan kreatif bukan?


Jika anda pengguna Nokia Lumia 900, adakah anda mahukan lebih banyak accessory seperti ini?

Sumber : Nokia

Posted in Tech News | Tagged , , | 1 Comment

#Occupy Dataran, Keluhuran Perlembagaan atau Keluhuran Demonstrasi?

Maka kami, Rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan

Occupy dataran. Pada tanggal tarikh 14 April 2012 yang lalu, telah sampai kepada pengetahuan media massa, rakyat biasa, rakyat marhaen, rakyat kaya, pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang dan juga penghutang dari PTPTN. Bahawa masanya telah tiba, untuk remaja dan pelajar-pelajar Universiti di Malaysia mendapatkan pendidikan percuma dari sejak lahir, sehinggalah kita mati. Segalanya kita perlukan percuma. Ya. PERCUMA.

Setelah hampir 55 tahun merdeka. Kita masih lagi tidak meninggalkan sifat bertindak semberono sejak dari zaman penjajahan dahulu kala. Ya. Bertindak menggunakan nafsu dan kehendak hati semata-mata tanpa menggunakan kewarasan akal yang tuhan kurniakan untuk menilai segala natijah perbuatan tersebut.

Continue reading

Posted in bloggerama | Tagged , , | 2 Comments