Teori Konspirasi Freemason dan Illuminati dijawab oleh Maher Zain

Semakin hari, semakin banyak berita, video, gambar dan apa jua bentuk maklumat diselitkan dengan keterangan mengenai Teori Konspirasi Freemason dan Illuminati. Sememangnya, kepastian mengenai kewujudan organisasi Freemason dan Illuminati ini diragukan. Ia boleh jadi wujud ataupun tidak. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa organisasi ini ada. Dan mengikut pandangan segelintir pihak mereka menyatakan bahawa Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.

Dan saya tidak langsung ingin membincangkan mengenai kewujudan Freemason dan teori konspirasi mereka. Cuma yang saya tahu, asal gerakan-gerakan dakyah Kristian ini datang daripada Barat. Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Great Britain.  Sememangnya kita jahil dan lemah. Pada masa sekarang ini, semakin ramai orang yang mengkaji teori konspirasi ini, dan ia bukanlah satu tindakan yang salah. Dan pada saya ia juga bukanlah tindakan yang bijak. Berbanding menghabiskan masa mengkaji teori konspirasi ini, ada baiknya kita mengkaji Al-Quran dan Hadith. Jika kuat fahaman kita terhadap Al-Quran dan Hadith, mana mungkin teori konspirasi itu dapat menggugat keimanan kita. Dan di dalam Al-Quran dan Hadith itu sendiri pasti ada penyelesaian untuk kita menghadapi fitnah akhir zaman ini.

Lambang Freemason yang dikatakan terdapat pada wang kertas AS

Jadi setelah sekian lama saya mengkaji dan membaca mengenai teori konspirasi ini, ianya menjadi semakin bercelaru. Dan saya mengambil keputusan untuk berhenti mengkaji mengenai teori konspirasi ini. Sehinggalah satu hari saya terdengar lagu AWAKEN nyanyian Maher Zain. Dan video dan liriknya adalah seperti berikut.

Video klip AWAKEN

YouTube Preview Image

Lirik AWAKEN

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn’t stop buying
We gave charity to the poor ’cause
We couldn’t stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we’re just lying

Oh…I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


We were told what to buy and we’d bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied


I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you


Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?



Oh..I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Terjemahan Lirik

Mudah bukan? Kita membuat kesalahan dan kita menunding jari pada Barat, menyalahkan mereka dengan segala tindakan mereka kepada kita. Kita menyumpah seranah orang-orang Barat, tapi pada masa yang sama, kita hidup mengikut cara barat. Kita mengaku kita Islam, tapi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.  Sebaliknya kita haruslah memperbaiki diri supaya menjadi insan yang cemerlang  di dunia dan berjaya di akhirat dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Dan inilah yang Maher Zain cuba sampaikan dalam lagunya melalui lirik:

Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves”


Ibu bapa terlalu mengejar kekayaan dan keduniaan, sehingga lupa nilai-nilai kekeluargaan. Dan yang paling teruk, mereka lupa mengajar tentang Islam kepada anak-anak mereka. Jika anak-anak tidak dibentuk sewaktu kecil, tiada lagi waktu yang sesuai untuk membentuk mereka. Dan hasilnya tiada ikatan kasih sayang yang diredhai Allah didalam keluarga dan institusi keluarga akan hancur. Jika unit asas dalam negara iaitu keluarga, hancur. Maka mudahlah negara kita dijajah. Dan Islam akan mudah dipermainkan.

“We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied”


Sememangnya lagu ini memberi seribu satu maksud untuk kita tafsirkan dan ambil iktibar. Rangkap yang lain saya tidak mahu menghuraikannya dan anda sendiri boleh membaca isi tersurat dan tersirat dalam lirik lagu ini. Saya tidak lah berniat untuk mengagung-agungkan Maher Zain. Cuma lagu ini memberi kesedaran kepada kita yang terlalu taksub kepada dunia dan bermegah-megah dengan kekayaan. Semoga ramai lagi da’ie – da’ie akan lahir pada masa akan datang yang akan berterusan mengingatkan kita tentang kesalahan kita.

Rasulullah S.A.W  berpesan:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka, ” Sahabat bertanya. “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka,”

Hadith Riwayat Muslim
Wallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bicara Agama and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave Your Thoughts Here

20 Responses to Teori Konspirasi Freemason dan Illuminati dijawab oleh Maher Zain

  1. Noridah says:

    Thanks for sharing

  2. Hazzy says:

    nak LIKE this entry…

    Jom singgah blog,
    HazzySuperb

  3. donha says:

    ada lagi member aku kat sini dah besar gajah. apa itu illuminati pun tak tau.. bahaya. bahaya. nanti aku panggil hang mai bg ceramah la!
    donha recently posted..Kelahiran seorang penulis

    • Yohoho says:

      Hak3… biasalah, bagi aku takdelah penting sangat nak tau pasal freemason ni semua..terpulang pada setiap individu..

  4. Amirez says:

    nice entri ;)
    freemason dan illuminati semua tu kadang2 buatkan aku makin pening sebab terlalu banyak sumber yang cerita pasal ni. lagi2 pasal dajal, isu global warming sekadar diada-adakan dan terbaru pasal tasik galilee yang mengering yang ada kaitan dengan kemunculan Imam Mahdi, dajal dan penurunan Nabi Isa A.S. risau juga kot2 ada pihak yang putar belitkan fakta Islam dalam bentuk Islam untuk mengelirukan kita dan akhirnya kita beribadat kerana takutkan kiamat, bukan kerana tuntutan Islam itu sendiri
    Amirez recently posted..Download Liar Game- The Final Stage

    • Yohoho says:

      betul2..buat apa kita kaji sesuatu yang tak pasti.. baik kita kejar dan kaji kebenaran di dalam Al-Quran dan Hadith. Semoga kita ditunjuk jalan yang benar dan diredhai-Nya
      =)

  5. Firdaus says:

    Salam. Nice Entry Erie.
    Lirik lagu ni memang ada banyak siratannya..
    Terpulang kepada indvidu untuk mentafsir..:)

    Thanks Erie. For this deep entry.

    Salam hormat.
    Firdaus recently posted..Proton Inspira – A Master Right Resale Product

  6. haz says:

    bestnya kalau ada org dpt bg terjemahan lagu maher zain ni.maklumla bkn pandai sgt b.i..

  7. abu ahmad says:

    MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir
    zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka
    menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpurapura
    zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka
    lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuantujuan
    yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan
    kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi
    kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di
    kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi
    bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Riwayat Tirmizi)

    Keterangan:
    Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan
    agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama
    untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan
    hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.
    Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang
    memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata
    timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan
    juga menipu diri mereka sendiri. Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat
    tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah
    fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan
    buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

  8. Ali ridha says:

    benda tu memang ada.cuma kita kena
    persiapkan diri.
    Ali ridha recently posted..Streamyx – tukar katalaluan wifi

  9. betol tu! mmg sesuai sgt lirik Maher Zain ni utk dihayati oleh umat Islam yg smakin lupa hala tuju dan tanggungjawab masing2
    ekspresiruang recently posted..Bank Stem Cells- Aku Enggan Menyesal Di Kemudian Hari

  10. Pingback: Segmen Jom Kipas Blogger | Belog Aku =)

  11. Ain says:

    nak copy boleh? nak letak dlm blog, boleh tak? :) btw… nice entry! i like it! :)
    Ain recently posted..WAAAHH!!!

  12. Hamba Allah says:

    Salam kepada sahabat sekalian….
    saya bersetuju dgn sahabat ini mengatakan kita perlu mengkaji tentang Al-Quran dan Assunnah tetapi jgn kita lupa untuk mengkaji tentang perkara lain… ingat wahyu yang pertama diturunkan adalah Iqra’ yang bermaksud bcalah. di mana di dalam ayat ni mnyurh kita tuk mnuntu Ilmu….
    di sambil kita mengkaji Al-Quran dan Assunnah jgn kita lupa tuk berhati-hati dengan konpirasi musuh kita tuk menghancurkan kita…
    InsyAllah jika kita sentiasa berhati-hati dan berpegang dengan Al-Quran dan Assunnah kita akan berada di landasan yang benar…
    Selamat beramal…
    Assalamualaikum….

  13. no one says:

    knp plak meragukan..mmg ade pergerakan ni..even kat malaysia..kt malaysia ade lebih dr 10 pusat pergerakan dia..cubelah cari..contoh di pj ade bangunan utk pergerakan tu..mmg selalu lalu tmpt tu..nk tau tgkla lambang dkt bangunan dia..nmpk mcm gereja tp bkn gereja..freeamason ni pergerakan paling bawah skali n biasenye berlakon seolah baik dkt masyarakat n dorg sendiri xtau ape motif utama org atas dia..n yg plg penting dorg ni bkn kristian or mane2 agama..tetapi skang pengikut dia dr pelbagai agama..even org yg beragama islam pun follow…dorg sembah syaitan..syaitan dah janji dgn allah utk sesatkan manusia..jd yahudi pengikut syaitan.dorang tau syurga dorang kt dunia sahaje..n mase perang dgn islam nti mmg dorang tau dorang akan kalah n islam akan menang…so kt dunia ni tats y dia akan cari seramai mungkin follower dia utk same2 masuk neraka nti.. – tp ttg maher zain sy xnak komen sb xpasti..jd wallahualam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge