Maria Ozawa. Nama yang tak perlu kita introduce lagi dalam bidang lakonan. Khasnya bagi lelaki. Hahaha. Kalau korang tak kenal lagi dengan minah Jepun ni, google la sendiri ye. Dah tau lepas tu, diam-diam. Jangan heboh, kang malu pulak. Hehehe. Orait, aku takde la kenal sangat dengan Miyabi ni. Tapi dia ni memang famous ah sebab dapat tawaran berlakon kat Indonesia. Yelah, tengok artis Malaysia, sebelah je pun. Berenang pun boleh sampai, takde pun diorang panggil berlakon. Kira hebatla si Miyabi ni dapat berlakon kat Indonesia. Ye tak? Banyak betul duit diorang buat filem, sampai panggil artis Jepun ni datang. Filem Malaysia bila lagi ye? Hohoho.

“Saya dah pakai tudung, janganlah marah saya untuk ke Indonesia. Apa salah saya?” kata Miyabi dalam hati
Sebelum ni, pernah ada kontroversi menentang kedatangan Maria Ozawa ni ke Indonesia. Kenapa? Em. Tak tau lagi? Dah google ke belum tadi? Belum eh? Hurm. Yela yela. Aku bagitau, Maria Ozawa ni pelakon filem dewasa! Sssshhhh!!~ Apa? Tak faham lagi? Maria Ozawa ni pelakon filem porno! Hah! Dah faham? Senang citer dia ni Pornstar! Adeh. Sekarang dah tau kan? Orait. Kita sambung. Indonesia ni kan republik terbesar dengan penduduk Islam. Takkanla diorang nak bagi pelakon filem lucah ni datang situ nak berlakon. Tak elok la. Tak pasal-pasal ramai yang nak skodeng Maria Ozawa tu. Kesian pulak dia. Kita dapat dosa, dia pun dapat susah.
Jadi macamanapun, filem pertama Maria Ozawa di Indonesia yang bertajuk Menculik Miyabi tu berjaya juga disiapkan walaupun pelbagai tohmahan melanda kesemua yang terlibat dengan penggambaran filem tersebut. Aku tak tau la filem tu hit ke tak. Sebab tak masuk Malaysia pun. Malas nak ambil tahu. Pandai-pandai la diorang kat Indonesia tu settle kan.
Tapi baru-baru ni pulak aku tengok ada filem baru kat Indonesia ni lakonan Maria Ozawa. Hahaha. Tajuk dia Hantu Tanah Kusir. Adeh. Kali takde bantahan ke? Aku tak dengar pulak desas desus. Mungkin ada, cuma tak dihebohkan oleh media sana kot. Hehehe. Jadi, aku ada ambil sikit gambar kat Facebook Maria Ozawa ni waktu penggambaran kat Indonesia untuk filem Hantu Tanah Kusir. Kalau korang peminat Maria Ozawa. Silalah enjoy tengok gambar pelakon kesayangan korang ni.
Maria Ozawa , Hantu Tanah Kusir di Indonesia

miyabi dan krew-krew

3 dara pingitan. eh? dara ke?

black or white? Mana lagi hot?

Miyabi dan kuda

Eh? Polis pun siap jaga si Miyabi ni?

Pria punya selera juga Miyabi punya selera
Kalau korang nak add facebook dia, add lah ye. Ni link yang aku ambik kat Facebook Maria Ozawa. Thanx Maria.
Singgah-singgah la Malaysia! Hahaha
Alangkah baiknya kalau rakyat Indonesia mengalu-alukan kedatangan orang Malaysia ke sana seperti mereka lakukan kepada Maria Ozawa ni. Tak gitu?

wei, aku hensem x? hahahaha
tak! hahaha